Selasa, 10 Januari 2012

Al-Kisah Yang Nyata dari Sebuah Kehidupan

Cinta? Apa itu cinta? mengapa semua manusia asyik berbicara tentang cinta? Tak ternafi, Aku sendiri pernah melaluinya dan turut merasainya, tapi cukup mengajarku betapa perit ranjau dan sengketa yang ku lalui dalam hubungan cinta manusia kerana aku mulai sedar redha dari-nya sungguh tiada.Seperti mana dalam Al-quran, kata cinta disebut sbg hub(mahabbah), dan wuddha(mawaddah), kedua daripadanya memiliki erti yang sama iaitu punyai rasa saling suka, senang dan menyayangi.  Konsep bercinta dalam Islam ? Bagaimana dan seperti apa? Aku mula mengalami cinta yang tidak dianjur agama tika aku sedang di arus pencarian identiti. Di saat itu aku digelar remaja, budak mentah yang sering rebah  hanya mengikut mahu nafsu, tanpa ditindak oleh timbang rasa yang sewajarnya. Waktu itu, usiaku bermula 16 tahun. Itulah kali pertama aku bercinta. Bak kata orang barat, ber’couple’ yang dari perspektif masyarakat Islam di Malaysia, budaya remaja masa kini yang kian menular dan asasnya menjadi asbab dalam masalah sosial seperti pembuangan bayi yang merata. Sungguh benar aku leka tika itu aku masih remaja terbawa-bawa dengan sekitar rakan sebaya. Dari usia itulah aku mula tahu apa namanya ‘couple’. Dalam Islam, tiada wujud pepatah mahupun istilah couple, tetapi yang menghairankan pada masa kini ia menjadi trend golongan remaja. Katanya, tak sah kalau tak bercouple. Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Dan aku tak pernah serik dengan cinta, aku sering menjaja cinta dari hawa yang turut merasa. Dari cinta yang aku miliki, aku sering leka. Pendidikan agama yang dibekalkan seolah tiada kuasa menghalang aku daripada menyalahkan konsep cinta. Kini usiaku sedang menjengah waktu kira-kira 6 tahun dari tahun pertama aku bercinta. Malas nak straight to the point. Dan aku mula menolak hadirnya cinta. Cinta yang ku cari selama ini pada dasarnya bukan cinta yang sesungguhnya diredhai Allah. Tiada istilah cinta bagi wanita dan lelaki yang ajnabi selagi mana ia belum berkahwin. Berkasih sayang itu perlu, dan manusia wajib mengenal dan saling bersaudara antara manusia lainnya membina hubungan mesra dan akrab dalam suatu kelompok komuniti. Intipati yang ingin saya terjemahkan disini bahawa bercouple mengajak manusia walaupun pada tujuan asal untuk berkasih sayang, tetapi bil mana cinta itu tidak dilandas atas syariat agama, maka secara tidak langsung menjerumuskan manusia dalam pelbagai masalah dan yang utama dan merisaukan ialah maksiat. Bercouple itu dikatakan maksiat sebenarnya. Kita berpandang-pandangan secara haram dengan pasangan yang bukan dalam kalangan isteri atau suami yang sah perkahwinan, sudah dikira maksiat. Apatah lagi menyentuh secara sengaja fizikalnya. Jangan hampiri zina. Allah sudah menyeru kepada hamba-hambanya. Tetapi itulah hakikat kehidupan manusia. Daripada kaum nabi terdahulu sudah berlaku zina, dan kesan yang dahsyat boleh kita ambil iktibar dan pengajaran supaya ia tidak terjadi kepada kita manusia yang hidup di akhir zaman. Firman Allah s.w.t bermaksud: “dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”.
          Daripada ayat di atas, terang sudah lagi bersuluh, tiada penafian atas ayat suci Al-Quran. Itulah dalil penghidupan manusia yang diamanahkan berbuat baik, dan meninggalkan segala tiap-tiap perbuatan yang salah. Kesan zina yang paling nyata ialah kelahiran anak haram. Itulah sebabnya zina ini dianggap suatu jalan yang buruk. Bila besar anak itu, di mana perasaan malu yang hendak disorokkan apabila berhadapan dengan masayarakat kelak? Itulah hakikat bila manusia bercouple, maksiat pasti berlaku dan yang merisaukan apabila zina kemuncak atau kesudahan dalam melempiaskan perasaan kasih sayang yang terbina atas dasar nafsu. Atas dasar pengalaman, bercinta itu lumrah, tapi bercintalah pada yang utama Allahurabbuna, keduanya Rasulullah S.A.W, dan ketiganya ibu bapa yang membesarkan kita dari kecil hingga dewasa dengan didikan yang cukup sempurna. Lelaki dicipta untuk perempuan, perempuan dicipta untuk lelaki, begitu juga terciptanya hawa untuk adam.  Sebenarnya yang ingin aku jadikan cerita ialah kisah nyata derita cinta yang ku bawa. Dari apa yang aku perolehi dari sebuah cinta yang haram aku miliki, ialah:
1.    Wang simpanan dari masa kecilku tanpa sedar kini umpama bukit yang sudah ditarah menjadi rata
2.    Masa ku banyak tergadai dengan pengorbanan cinta yang melampau-lampau (dating tak   tentu masa, mana ada dating-dating ni. tunggulah masa kahwin nanti ya, tunang pun tak lagi), mana perginya masa beramal yang aku janjikan dengan-NYA selama mana aku hidup di dunia?
3.     Sesalan batinku (pernah terdorong ingin membunuh diri, biasalah kecewa dalam cinta)
4.     Hidup sering dibelenggu dosa dan jiwa serta perasaan hati yang tidak tenteram
5.    Hidup tanpa kebebasan (bukan tanpa batasan), dengan keluarga aku dah kena sekat, kenapalah boleh aku nak bercouple tak tentu pasal ni. dah tentu-tentulah aku makin terkongkong. Biasalah bila bercouple, si pasangan perlu dijaga hatinya, diambil perhatiannya, kemana kita nak pergi, kena beritahu, walaupun pada asalnya dengan tujuan yang baik. Sekarang dah belajar kat universiti, mak ayah jauh di selatan sedang aku diutara. di sini, aku nak kemana-mana tak perlu beritahu, sebab mak ayah aku dah taruh kepercayaan kepada aku kerana usiaku yang dah besar matang. So, pandai-pandailah jaga diri. Tapi nak pula couple, adalah oranglain yang sibuk nak tahu urusan harianku.
Dah penat nak menaip nak bercerita panjang lebar pun, tak ada guna. Moral of the story disini, manfaatkan usia muda dengan mencari ilmu sebanyak yang mampu, banggakan orang tua, cari kerjaya yang menjamin masa depan, bila mana semuanya dah stabil, sudah tiba masa sesuai untuk berumah tangga. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. Yakin dengan jodoh yang akan Allah berikan kelak. Yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri. Moga beroleh manfaat.  Islam is so beauty. Wassalam. “Says No To Couple!”

Jumaat, 6 Januari 2012

Bangkitkan Semangat Sebelum Memulakan Ceritera 'Al-Kisah'



Hidup adalah sebuah sayembara. Dalam sayembara tersebut, tersimpul berjuta harapan. Adakalanya harapan itu tidak semestinya seperti yang dinginkan kerana dalam sayembara, suatu adat adalah hak yang nyata iaitu ditemukan dengan kejayaan mahupun kegagalan. Apa yang pasti sebagai peringatan, jangan berputus asa dalam suatu ketika kita diharungi dengan kesedihan dari sebuah harapan yang gagal dicapai. Teruskan berjuang, jangan dibiarkan walau sesaat berjalan hidup tanpa arah tujuan dan maksud yang nyata. Kerana hidup tanpa arah tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa dan tidak berguna. Jadikan Al-Quran & Sunnah sebagai panduan supaya hidup lebih berpedoman untuk mencapai sakinah di penghidupan duniawi dan ukhrawi. Insya-Allah. Wallahualam.